Daging Masak Merah Simple..

Ahad, 10 Julai 2011
Bahan-Bahan
  • 1/2 kilo daging dipotong nipis n direbus dengan pewarna merah sehingga lembut
  • 1 bijik bawang besar dimayang
  • 1 bijik cili capsicum hijau/lada besar(hijau)
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos cili, 2 s/b sos tomato n 2 s/b sos tiram.. klu suka bleh lebih2 kan ikut citarasa
  • garam secukup rase...
  • klu ader.. bleh letak kacang buncis.. daun bawang n daun sup... tak der kat dapur so tak letak...he3

Cara-cara : 

Tumiskan bawang besau.. bawang putih n halia sehingga kekuningan


Masukkan sos cili, sos tomato n sos tiram... klu kering taruk air skit... klu suka berkuah bleh taruk banyak skit... tapi jangan banyak sgat...Masukkan garam.. serbuk perasa klu suka bleh letak.. tapi saya tak letak sbb tak elok lah....


Masukkan daging rebus tadi.. masak hingga sebati..


Masukkan cili capsicum hijau/lada besar tadi.. klu nak letak.. bleh masukkan kacang buncis.. daun sup n daun bawang(kalau ada lar)


haaaaa...dh siap. Bleh makan ngan nasik putih..


Berseleranya......

( ♥‿♥) CIUM ANAK DAPAT PAHALA (♥‿♥)

Sabtu, 9 Julai 2011
Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembalike rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pulA akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam bissawab

Bismillahhirrahmanirrahim..